Gila Isim - Pandangan Peribadi

[Ditulis pada tahun 2019]

Disclaimer: Ini hanya tulisan penceritaan berdasarkan pengalaman dan pemahaman saja. Bukan panduan dan rujukan. Sila rujuk pada yang pakar jika ada kemusykilan.

Dalam masa seminggu saya dengar 3 kes gila isim.

Gila isim ini apa? Definisi saya - rosak akal, hilang upaya berfikir dan pertimbangan, akibat menuntut sesuatu ilmu (agama).

Ilmu yang dimaksudkan ada 2 jenis - (1) Ilmu bathil - ada guru atau takde guru, memang songsang. (2) Ilmu haq. Tapi masalahnya adalah orang yang menuntut itu. Mungkin dia tafsir sesedap tekak. Mungkin diputarbelit oleh guru. Mungkin sebab tak berguru. Mungkin niat yang salah.


Orang yang kena gila isim ni ada yang berguru, ada yang tak berguru.
Yang berguru tapi gila isim tu maksudnya memang guru dia amalkan dan ajar ilmu salah.
Yang tak berguru pulak, hanya baca buku dan bahan bacaan di internet. Ataupun dapat ilmu dari mimpi semata-mata. Inilah yang dikatakan "Kalau menuntut ilmu tanpa guru, gurunya adalah syaitan". Literally syaitan, bukan gelarkan orang setan.



SILAT

2 daripada 3 kes minggu ini melibatkan pelajar silat.
Sepatutnya silat di zaman ni jadi martial art sudah lah. Tak perlu ilmu kebatinan macam ilmu kebal dan sebagainya seperti di zaman perang dulu. Dulu memang masyarakat kurang kesedaran aqidah.

Kasihan, yang jadi mangsa adalah anak-anak muda. Kalau tak sembuh, musnah masa depan.
Niat nak belajar martial art je. Tapi tok guru pergi buat upacara yang pelik-pelik. Memang lah nak buat upacara perlu consent, tapi budak muda percaya je lah tok guru dan beri consent.

Semalam saya patutnya temankan tunang pada salah seorang mangsa ni pergi melawat mangsa di wad psikiatri. Tapi saya tak sihat jadi saya tak ikut. Keluarganya bawa dia ke hospital sebab dia dah jadi violent sampai tahap lempang mak dan kakak sendiri.
Tapi Alhamdulillah hari ni budak tu dah sedar, dan discharged tapi kelakuan masih sedikit aneh. Saya harap sangat keluarga terus pantau dia, dan buat sesuatu tentang kelas silat tersebut. Berapa ramai lagi anak muda perlu rosak akibat aktiviti sebegini.

Orang yang belajar martial art lain macam taekwondo, kapuera, aikido, kickboxing mana ada jadi gila isim. Buat malu orang Islam saja. Di universiti pun saya pernah tengok student yang jadi pelik sejak belajar silat.

Jadi kalau nak belajar silat tu pilihlah guru yang tak terlibat benda-benda merepek ni. Kalau ada kena buat upacara apa-apa, pegi rujuk ulama' tanya ada unsur khurafat dak. Upacara serah diri ka, bukak hijab ka, bersihkan roh ka, tak perlu.


MIMPI

Biasanya kes gila isim ni melibatkan mimpi, dan ini berkait rapat dengan rasa ujub (kagum pada diri sendiri, esteem terlebih) dalam diri. Senang cerita, perasan bagus. Padahal semua ni talbis (belitan) iblis.

Contoh:
Kawan saya pernah text saya bertanyakan tentang satu ayat Quran. Kebetulan saya tahu ayat tu, saya bagitau itu ayat apa, dari surah apa. Beberapa hari kemudian, dia text saya lagi, tanya ayat lain pula. Saya bagitau dia, saya tak tahu (Sebab tak hafaz Quran). Saya tanya, ayat apa ni? Mana dapat?

Beberapa malam berturut-turut, dia bermimpi didatangi lelaki berjanggut berjubah putih yang mengajarkannya satu ayat, dan bila dia terjaga, ada kertas kuning bertulis ayat tersebut dalam tangannya. Ayat beberapa malam pertama merupakan ayat sama. Tapi malam semalam ayat tu seakan-akan sama, tapi lain di hujungnya. Kami berdua rasa suspicious.
Lepas tu dia pergi consult ustaz, ustaz tu confirmkan ayat yang terakhir tu bukan dari Al-Quran. Kertas kuning dibakar atas cadangan ustaz.

Alhamdulillah, kawan saya ni tiada rasa ujub dalam dirinya. Jadi dia tak rasa dia didatangi Nabi atau malaikat dalam mimpinya. Dia tak rasa terpilih naik pangkat. Tak rasa dia hebat ada superpower boleh merawat orang.


Biasanya kes gila isim yang melibatkan mimpi, dapat ilmu dalam mimpi. Ada yang ingat jelas kandungan mimpi - macam mimpi jumpa siapa dan diajarkan apa - dan ada juga yang bangun dari tidur je rasa pandai mengurut, pandai merawat etc. 
Kalau orang itu ada sedikit ujub dalam diri, mudahlah dia percaya yang dia insan terpilih, dapat ilmu special tak perlu pergi belajar pun. Mimpi akan datang berulang-ulang sehingga dia betul-betul yakin akan 'kebolehan'nya itu dan buat amalan songsang. Lama-lama jadi psychotic.

Talbis iblis adalah menjelmakan kebatilan dalam sesuatu yang nampak macam benar.
Macam mimpi kawan saya tu, eh dapat ayat Quran dalam mimpi, mestilah elok kan? Lelaki berjubah putih berjanggut pula tu.
Nampak tak trick dia? Mula-mula ajar ayat betul, lepas tu tukar hujung ayat. Ntah apa maksudnya.

Kalau berguru pun begitu - yang diajarkan adalah zikir-zikir, dan dipesan agar solat sunat itu, solat sunat ini. Nampak Islamik pada luaran.

Inilah punca orang boleh percaya dia nabi zaman moden.


Dalam kes berhala diletakkan di surau baru-baru ini, suspek kata dia mimpi Kaabah dikelilingi patung berhala. Kalau orang waras takde lah pulak pergi buat macam tu lepas dapat mimpi tu.
Kes ini pula mengingatkan saya pada kes lelaki mengamuk tetak orang di Taman Melati pada tahun 2013. Itu pun kes gila isim, tetak orang sambil berzikir, dia kata dengar suara yang suruh dia buat begitu.


Biasanya yang kena ni orang yang sedang nak berhijrah, tapi silap pilih jalan.
Lalu iblis tunjukkan padanya, inilah jalan yang benar. ''Kan sekarang rajin solat sunat, dah rajin baca Quran, banyak berzikir- mestilah ini jalan yang benar. Aku dah tak lalai macam dulu.'' Iya, orang gila isim ni pada luarannya macam sudah berhijrah dan tiba-tiba jadi 'alim'. Hanya orang yang betul-betul rapat perasan perubahannya macam jadi pengotor, tak bertanggungjawab, tak ada empati, jadi biadap etc. Inilah talbis iblis, luarannya nampak Islamik. Jadinya orang nak menegur pun fikir banyak kali.



Macam mana boleh ada sekumpulan orang belajar ilmu yang sama, tapi tak semua jadi gila isim?
Kita tak tahu secara pasti, kerana Allah uji siapa yang dikehendakiNya.

Tapi ada beberapa ciri-ciri yang meningkatkan risiko.
Mungkin peribadi penuntut itu - sifat ujubnya dan niatnya dalam menuntut ilmu itu.
Mungkin kesihatan mental.
Mungkin tak ada ilmu.
Mungkin tak ada kawan.
Mungkin terlampau nak jadi special (tak qana'ah).
Basically jiwa lemah.

Parents saya cakap orang yang nak cuba-cuba belajar ilmu yang abstract kena solat 40 rakaat sehari (maksudnya jaga solat fardhu dan rajin solat sunat - tak ada masa nak melagha), sebelum masuk waktu dah berada atas sejadah (solat awal waktu), matang, tak panas baran, emotionally stable, etc yang penting lengkapkan ilmu agama yang lain dulu, fahami fiqh.


Dalam buku Doa dan Rawatan Penyakit oleh Almarhum Dato' Dr. Haron Din dan Dr Amran Kasimin dinyatakan "tidak ada antara para sahabat, tabiin, orang yang menghafal Al-Quran, atau alim ulama yang gila kerana tidak tertanggung beban ilmu yang diterima." Sebaliknya gila isim berlaku kerana niat belajar dan niat mengamalkannya itu yang salah. Bukan belajar agama untuk lebih dekat dengan Allah, tapi mempergunakan agama untuk ilmu kebatinan. Ini menyebabkan orang yang berkenaan mudah didatangi oleh makhluk halus yang dengan mudah meresap dalam tubuh seseorang sewaktu fizikal dan mentalnya yang lemah.



AKIBAT DAN RAWATAN

Kita dah tengok sendiri di Malaysia gila isim boleh meragut nyawa, mampu mengakibatkan racial tension, bila mengajar orang lain boleh berjangkit dan tubuhkan cults (macam Ayah Pin) dan juga masalah-masalah lain seperti kes cabul dan rogol, keluarga berpecah etc.

Saya ada terbaca seorang perawat mengatakan, gila isim sukar dirawat dan most likely tak akan sembuh kerana sudah jadi psychotic. Saya pulak optimis mengatakan kalau keluarga beri kerjasama, insyaAllah boleh pulih.

Orang gila isim ni hidup dalam dunia dia sendiri. Ada halusinasi dan juga ilusi. Nampak macam schizophrenia tapi bukan. Pakar psikiatri yang aware tentang gila isim mampu bezakan, dan siasat samada pesakit tu ada belajar ilmu yang pelik. Rawatan psikiatri memang diperlukan (untuk pulihkan mental), seiring dengan kaunseling aqidah (untuk pulih fahaman agama) dan ruqyah sharĂ­'eyah (lindungi daripada gangguan iblis).

Mungkin benar kata perawat itu bila difikirkan what's the chance keluarga mangsa konsisten merawat dengan 3 cara ini serentak. Biasanya jadi lebih teruk kerana dibawa berjumpa bomoh (walaupun berlabel ustaz/ustazah). Atau keluarga denial kerana sukar terima hakikat yang mangsa itu hanya manusia biasa, bukan insan terpilih yang dapat wahyu. Na'udzubillahi min zaalik.


Kesimpulannya, peringatan dan pengajaran buat kita adalah belajar kena berguru, dan pilih guru yang betul tu penting. Kembali ke Maqasid Shariah, lindungi nyawa dan lindungi akal.

Comments

Popular posts from this blog

Rasis

Doktor kacak

Outgrow