Inb4 Kau Tak Pernah Beranak Apa Kau Tau

Bila saya tengok gambar artis barat breastfeed, saya tak rasa apa-apa pun. Tapi bila gambar perempuan Melayu Muslimah buat, rasa awkward pulak.

1. Kita datang dari budaya berbeza

Alyssa Milano dan favorite VS Angle saya, Doutzen Kroes contohnya; Dalam budaya mereka, tayang buah dada tu tak ada apa sangat. Ada nude beach, ada topless beach/pool. Alyssa Milano kata kenapa orang boleh upload gambar Miley Cyrus bergambar topless dengan nipples hanya ditutupi tali suspenders dan perkara tu normal. Dia upload gambar susukan anak kena kecam pula. Makes sense. Sebab budaya mereka mmg jenis tayang more than just cleavage. Alyssa dan Doutzen pun pernah bergambar topless tapi masa tu tak kena kecam pun. Orang suka je tengok.

Itu budaya mereka. Budaya kita lain. Sensitif. Mana ada mudah-mudah kita jumpa perempuan topless di Malaysia. Tengok cleavage di tempat awam pun jarang. Gambar2 topless yg ada pun bukan tuan empunya boobs yang sebarkan sendiri, itu benda private yg orang leak. Bila tak biasa tengok, jadi mereka lebih mudah membayangkan.
Dan FYI di Malaysia ada fetish perempuan bertudung.

(Macam kita pakai baju warna terang dan corak menonjol di Malaysia, orang tak heran. Kalau pakai begitu di Mekah, kira menarik perhatian sebab bukan kebiasaan)

Ye siapa suruh mereka fantasize pelik-pelik. Tapi siapa suruh kita hidangkan sesuatu yang memberi idea itu.

2. Kenapa wujudnya bilik menyusu?

Kumpulan feminin- eh tu girlband..maksud saya, aktivis hal ehwal wanita dulu berjuang nak bilik breastfeeding di bangunan awam supaya ibu2 tak perlu menyusu di tempat terbuka sebab dah ada bilik khas. Ada bayi tak mau menyusu dalam NC atau tudung, jadi bilik ni sangat membantu. Sebab ibu-ibu ini tak mahu orang tengok mereka menyusu.
Agaknya mega facepalm makcik-makcik yang berjuang untuk bilik breastfeeding tu bila tau ibu-ibu muda zaman sekarang sampai tahap upload gambar breastfeed ke laman media sosial (tidak terhad pada group motherhood) untuk memaklumkan dunia yang mereka mampu menyusukan anak. #TMI

3. Upload dalam group atau pm boleh je. Tak ada masalah. Jangan di timeline

Nursing in public with NC pun orang masih berdebat, kita dah start keluar isu upload gambar.

Berbual pasal breastfeeding di timeline pun lelaki tak selesa bila terbaca, inikan pula upload gambar breastfeeding. Kalau lelaki berbual pasal saiz boob perempuan atau organ reproduksi mereka di timeline, tahu pula kita marah.

Ni isu salah tempat utk tayang, ye. Bukan isu tak support bf mommies. Sila faham.

4. "Bukan nampak aurat pun"

Bukan pasal how much skin is showing, tapi menimbulkan ketidakselesaan dalam komuniti kita, dan isu 'malu' atau ulama sebut sebagai 'hayah'.
(Macam minah niqabista yang upload gambar dengan caption miang - awkward habis walaupun tak tayang aurat fizikal. Bukan nampak aurat pun).

Habis kalau lelaki upload gambar tengah kencing tapi tak nampak aurat fizikal, kira oqey ke tak? Kencing tu normal bodily function kut. Bukan kita nak marah dia kencing or ambik gambar tengah kencing, tapi gambar tu menimbulkan ketidakselesaan. Atau gambar lelaki selfie tengah pergi mengurut organ reproduksi walaupun tak tunjuk pun organ tu. Silap-silap kena kecam pervert. Masa tu kita mungkin 'eyyewhh lelaki ni!'.

Honestly saya jenis 'kalau tak suka, takyah tengok' dan 'kalau tak suka, tegur dia dalam pm'. Err..takyah tengok apanya, dah muncul kat timeline.

Tapi bila baca komen, ramai pulak mak-mak sentap yg rasa benda tu tak awkward, saya rasa kena ulas sebab saya tak mau perangai upload gambar menyusu ke timeline ni jadi benda normal. Kalau kawan saya buat memang saya akan tegur.
Sebab saya baca komen lelaki, komen suami orang, bapa orang and they mean no harm. Mereka tak selesa, dan mereka bukannya menentang usah breastfeeding. Perempuan pun kena faham lelaki, tak boleh sibuk marahkan lelaki tak faham perempuan.

Saya menegur perbuatan, bukan mengecam orangnya. Tak kenal pun. Mohon reti bezakan, ya.

Yang kelakarnya ada perempuan ulas isu ni lepas tu macam biasa la dia kena bash sebab....tak pakai tudung. "Orang upload gambar menyusu tak tayang aurat pun kau tu yang tayang aurat." Another example or #kritiksosial yang dibalas #kritikpersonal.
(Well..pendapat saya adalah tudung tak boleh jadi ukuran akhlak. Tudung hanya boleh jadi ukuran usaha menutup aurat fizikal. Malu itu akhlak. Berniqab tapi gedik dan buruk akhlak pun ada)

#Inb4 kau tak pernah menyusu anak apa kau tau?

Comments

blog yang mana satu aktif ni cik kak? ;D
NeemoNeemo™ said…
Macam takde yang aktif pun. hmmmmm

Popular posts from this blog

Rasis

Doktor kacak

Outgrow