Nak betul ke, nak bahagia?

Itu benda yang diajar kepada kawan aku, dan diajar kepada aku.

Untuk perhubungan rumahtangga, bila berlaku konflik, kena fikir - nak betul atau nak bahagia?

Maknanya, walaupun kita betul, adakalanya kena mengalah demi kebahagiaan.
Sebab lelaki takkan nak mengaku salah walaupun terang-terang salah dan kita boleh buktikan guna precedent studies, undang-undang, Quran dan Hadith, literature dan ah, banyak lagi lah cara nya. Tapi sebagai perempuan (yang sepatutnya ego tak setinggi lelaki) yang bergelar isteri, adakalanya kena pilih bahagia. Means, mengalah dan ikut saja cakap suami walaupun dia salah.

Memang pelik orang macam neemo ajar korang benda ni. Tapi, ini untuk long run. Untuk long term punya effect.

Adakalanya, kena juga fight walaupun dalam konflik dan percanggahan pendapat dan kemahuan, kita bukan target nak menang, tapi nak capai persetujuan.
Suami buat benda bodoh adalah benda biasa. Benda kecik-kecik takyah nak komplen sangat lah. Simpan kuota untuk benda besar dan tak boleh tolerate. Macam la isteri tak buat benda bodoh (merajuk atas benda bodoh, misalnya).

Untuk benda boleh tolerate dan tak menjejaskan kualiti hidup, pilihlah untuk bahagia.
Untuk benda yang memang kena betulkan dia, kalau tak dia jadi makin teruk, pilihlah untuk betul. 

Aku tak boleh nak kasi contoh sebab lain orang, lain lah kadar toleransi, dan pantangnya. Tapi contoh kalau suami taknak solat takkan kau taknak tegur sebab takut dia cari perempuan lain yang tak kisah dia tak solat kan?
Kalau suami mengigau tahap merbahaya takkan nak biar je kan? Setakat hal toilet seat takde masalah pun bagi aku. OCD pun, agak-agak ah kan.
Tapi kalau tisu bersepah-sepah tepi katil, aku tak tahan juga kalau tiap-tiap hari. 

Bab nak menang ni, bagi aku perkataan 'menang' tu dah salah. Ini bukan game. Marriage bukan untuk menang atau kalah. Dan, satu lagi masalah bila salah seorang perasan yg dia asyik mengalah - dia tak ingat pun time pasangan dia mengalah untuk dia. Asyik ungkit dia je buat benda betul, dia je mengalah. Ni memang cari pasal
.

Comments

Popular posts from this blog

Rasis

Doktor kacak

Outgrow