(First published 20th May 2013) It's been more than 2 weeks now. Aku masih dengan batuk dan selsema. Bermula dengan tonsilitis saja, selepas seminggu, masih sakit. Mulanya aku bagi masa pada sistem imun sendiri untuk menyelesaikan segala masalah. Tapi mungkin aku dah tua. Maka aku akhirnya mengalah dan pergi klinik. Family aku excited. "Pergilah klinik. Doktor tu pun sweet je." Apahal excited pulak setakat aku nak pergi klinik. Nombor aku dipanggil. Aku buka pintu bilik. Jantung tersentap. Eh, apa Aaron Aziz buat di sini? Eh tak, ini lebih kacak dan muda daripada Aaron Aziz. Beliau sedang baca rekod aku. Aku duduk. Dan "Masih berdebar lagi?" Dia tanya. Hoh? Mana dia tau? Apa semua ni? Am I being punked? "Apa, doc?" "Masih berdebar-debar lagi?" Aku diam. Geleng. "Oh, maknanya dulu makan ubat tu sekejap je lah ye?" Ubat? It took me a few seconds to understand what he meant. Owh. Ingat berdebar sebab dok...
Comments