Just another pointless drama

(First publish 16th April 2013)

Apa dikejar pada aib dan kesilapan orang, dendam dan benci?
Sedikit ketenangan hati pun tidak terdapat di situ.

Jawab mereka 'at that point bukan ketenangan hati yang dicari'.
Sudahnya? Apa yang dicari?
Puas hatikah melihat orang lain turut susah?
Puas hatikah memanjang-manjangkan cerita?
Puas hatikah memperbesarkan masalah?

Memalukan diri dan keluarga sendiri.
Membuka pekung di dada sendiri.
Menyakitkan hati sendiri.

Bikin susah untuk teruskan hidup aja.

Duhai manusia, pilihlah untuk bahagia.
Pilihlah untuk melupakan yang pahit.
Pilihlah untuk tidak berdendam.

Duhai Tuhan, kurniakan mereka keupayaan untuk redha keupayaan untuk memaafkan keupayaan untuk memilih bahagia keupayaan untuk rasional

Sepertimana yang Engkau kurniakan pada aku
Yang mana aku syukuri sangat
Kerna, aku tak mampu untuk benci aku tak mampu untuk marah dan, aku tak mampu untuk dendam 

Aku sudah cukup matang untuk memahami bahawa, setiap manusia melakukan kesilapan


Dan, aku bukan Tuhan yang boleh menerakakan orang
Aku cuma hamba yang percaya Dia itu ar-Rahman dan ar-Rahim
 .

Comments

Popular posts from this blog

Rasis

Inb4 Kau Tak Pernah Beranak Apa Kau Tau

Ayat