"GEMPAR! Pendakyah Kristian menggunakan kuasa pukau terhadap orang Melayu"
I don't get it. 2 orang gadis Kristian menyampaikan dakyah Kristian secara terang-terangan, menggunakan nama Yesus (instead of Nabi Isa atau Allah) dan memberikan Bible (instead of Quran yang diubahsuai).
Kenapa kena "SEBARKAN supaya kita tak terpengaruh"? Saya tak faham macamana dengan menyebarkan kisah tu boleh elakkan orang Islam terpengaruh.
Mereka memang terang-terangan ajak masuk agama mereka, bukan guna tipu helah (Cthnya helah ajak orang Islam ke meeting bisnes dan menjanjikan pulangan lumayan tapi rupa-rupanya nak convert orang).
Dan mereka bukannya paksa kita convert pun. Tak tahu lah kalau pendakyah ni ada ilmu pukau so kalau nampak je 2 orang makwe tu anda harus cepat-cepat melarikan diri sambil bertakbir. Allahu akbar! Baru lah boleh riak, errr I mean riyak, eh riya' kat Whatsapp group usrah.
Ancaman religious cults dalam Islam sendiri lagi bahaya. Sebab pengaruhnya nampak macam islamik, nampak macam konon mulia tapi sangat merosakkan.
Kalau takut terpengaruh dengan dakyah agama lain - kita kuatkan iman kita, kukuhkan pemahaman kita dan keluarga terhadap agama sendiri dan dalami Al-Quran (Husbands and fathers please take note). Kalau takut orang lain terpengaruh kita tunjuk akhlak yang baik pada kawan-kawan kita yang tak praktis, jangan menjauhkan mereka drp agama. Kita bantu saudara seagama yang susah, terutamanya saudara baru. Barulah mereka tak cari bantuan gereja/kuil.
Kenapa orang kita anggap dakyah "Yesus loves you" sangat berpengaruh dan kenapa mereka guna point tu? Mungkin sebab anda lebih kerap dengar tentang hukuman/dosa/neraka/kemurkaan Allah berbanding reward/pahala/syurga/kasih sayang Allah. Kita sendiri yang buruk sangka dengan Allah.
Buat malu je lah kalau gelabah pasal pendakyah ni...sama macam takutkan salib. Nampak sangat kita ni lemah. Salah mereka ke kalau kita ni lemah?
Error in attribution. Semua salah orang lain. Never salah sendiri.
Lagi bagus kalau kita ada ilmu comparative religion / theology barulah tak kecut berhadapan dengan sesiapa pun. Kalau kita expose anak-anak pasal CR sejak kecil mereka pun tak jakun sangat dengan Bible, atau salib dan allergic dengan 2 benda ni - macam vampire.
Oh saya pun sama je tak cukup ilmu dan bukanlah kuat sangat iman. Jom belajar!
Lakum deenukum wa liyadeen.
Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku
.
Comments